LATAR BELAKANG EKSA JP TERENGGANU



Pelaksanaan Amalan 5S Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu telah bermula pada  Tahun  2012  dan  susulan  daripada  itu,  Pelancaran  Pelaksanaan  Amalan  5S  oleh Pengarah telah diadakan pada 15 Januari 2013.


Bagi menjayakan pelaksanaan Amalan 5S ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti cermah,  latihan,  lawatan dan gotong royong untuk  meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, tadbir urus organisasi, menjimatkan kos dan mempermudahkan proses kerja.


Audit Pensijilan Amalan 5S oleh pihak MAMPU telah dilaksanakan pada 16 November 2013 dan berdasarkan dapatan audit yang diketuai oleh Ahli Panel Pengauditan Amalan 5S iaitu Encik Ahmad Zaki Bin Md Nor, JP Terengganu telah berjaya mendapat markah cemerlang iaitu sebanyak 93.52% dan seterusnya layak mendapat Pensijilan Amalan 5S.


Sehubungan dengan itu, Amalan 5S telah menjadi budaya kepada JP Terengganu iaitu seiring dengan moto "Persekitaran Kondusif Warga Kreatif dan Inovatif".


Dalam tahun 2014, pihak MAMPU telah mengeluarkan pekeliling untuk pelaksanaan EKSA disemua Sektor Awam iaitu penjenamaan semula Amalan 5S kepada EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam. JP Terengganu telah bertindak dalam pelaksanaan EKSA dan perasmian bagi pelaksanaan EKSA telah diadakan pada 3 Mac 2015.