TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM

Untuk menjayakan pelaksanaan EKSA di JP Negeri Terengganu, pada 3 Jun 2015 sekali lagi JP Negeri Terengganu telah mengadakan taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor awam. Kali ini JP Terengganu memjemput pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu iaitu En. Rohaizat bin Mohd Daud bagi menyampaikan taklimat tersebut. Antara tujuan taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor awam ini dibuat adalah sebagai syarat untuk mendapatkan pensijilan EKSA, sepanjang ceramah ini disampaikan pendengar juga mendapat banyak kefahaman tentang cara menjaga keselamatan dan kesihatan dari bahaya di tempat kerja. Taklimat ini diadakan di Bilik Taklimat JP Terengganu Wisma PERKESO pada pukul 10.30 hingga 12.30 pagi. dibawah ini disertakan beberapa gambar semasa taklimat tersebut disampaikan.








TAKLIMAT KESELAMATAN OLEH JABATAN BOMBA

Untuk menjayakan pelaksanaan EKSA di JP Negeri Terengganu, pada 7 Mei 2015 JP Negeri Terengganu telah memjemput pegawai dari Jabatan Bomba Negeri Terengganu iaitu Tuan Abdullah Bin Mohamad bagi menyampaikan taklimat keselamatan. Antara tujuan taklimat keselamatan ini dibuat adalah sebagai syarat untuk mendapatkan pensijilan EKSA, sepanjang ceramah ini disampaikan pendengar juga mendapat kefahaman tentang cara menjaga keselamatan dan bahaya dari kebakaran. Taklimat ini diadakan di Bilik Taklimat JP Terengganu Wisma PERKESO pada pukul 2.30 hingga 4.30 petang. dibawah ini disertakan beberapa gambar semasa taklimat tersebut disampaikan.








TAKLIMAT EKSA (PEGAWAI DARI JPJ TEMERLOH)

Pada 15 April 2015 Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu telah menjemput 2 orang pegawai dari Jabatan Pengangkutan Jalan Temerloh untuk memberi taklimat tentang cara untuk melaksanakan EKSA di JP Terengganu. Dua pegawai tersebut ialah Puan Suhaila Binti Shahadin bertindak sebagai penceramah dan Encik Mohamad shahrizal Bin Che Zin sebagai pembantu, Pegawai-pergawai tersebut ialah wakil juru audit yang telah menjalani latihan dan kursus dari pihak MAMPU. Taklimat ini diadakan di Bilik Taklimat JP Terengganu Wisma PERKESO pada pukul 9.30 hingga 12.30 petang. Berikut disertakan beberapa gambar sepanjang taklimat tersebut berlangsung.

 Puan Noridawati Binti Mohamad sebagai pengacara majlis


 Tuan Pengarah JP Terengganu En Zuraidy Bin Hj Zainal Abidin menyampaikan ucapan aluan




  


 
 Penceramah dari JPJ Temerloh memberi taklimat iaitu Pn Suhaila Binti Shahadin
 

 Staf JP Terengganu tekun mendengar taklimat yang disampaikan


 En Razali Bin Majid bertanyakan soalan untuk lebih kefahaman tentang EKSA




Sesi lawatan oleh penceramah ke unit-unit di JP Terengganu. Kelihatan penceramah memberi teguran dan pandangan semasa lawatan tersebut.

sekian