LAWATAN KE JABATAN PENDAFTARAAN PERTUBUHAN NEGERI TERENGGANU (ROS)

Pada 22 Mac 2015 seramai 20 orang wakil Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke Jabatan Pendaftaraan Pertubuhan Negeri Terengganu (ROS). Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Marlini Binti Sahul Hamid selaku Pengerusi EKSA JP Terengganu. Banyak ilmu dan pengetahuan yang perolehi semasa lawatan ini, dimana sedikit sebanyak dapat memberi panduan untuk pelaksanaan EKSA di JP Terengganu. Berikut disertakan beberapa keping gambar semasa lawatan tersebut.











 

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1/2015

Assalamualaikum w.b.t.,

Tuan/Puan,

AUDIT DALAMAN EKSA BIL. 1/2015

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Audit Dalaman EKSA Bil. 1/2015 akan dijalankan pada 9April  2015 (Khamis). Sehubungan itu, mohon semua zon menjalankan persediaan bagi menjayakan program ini.

3.         Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai  dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

RODZILAH BINTI MOHAMED
Pen. Pegawai Perangkaan E32
Seksyen Rangka Dan Pemetaan
Jabatan Perangkaan Malaysia
Negeri Terengganu

Tel. : 09-6252464
Fax.: 09-6261855
Email       : rodzilah@stats.gov.my

MAJLIS PELANCARAN EKSA

Majlis Perasmian Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (eksa) - Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Encik Zuraidy bin Haji Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu  pada 3 Mac 2015 di Bilik Taklimat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu, Wisma PERKESO.
Majlis gilang gemilang ini dimulai dengan nyayian Lagu Negaraku oleh semua hadirin yang hadir, hadirin terdiri daripada semua warga JP Terengganu termasuk dari Unit Pentadbiran Wisma Persekutuan, Dari PO Besut dan PO Kerteh. Bagi memberkati lagi majlis, majlis kemudian disusuli dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Alifhakimi bin Mohamad.  
 Majlis kemudian menjemput Pengarah JPNT iaitu En. Zuraidy bin Haji Zainal Abidin untuk memberi ucapan perasmian,  dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pengarah En. Zuraidy bin Haji Zainal Abidin menyaran agar semua warga JPNT menjadikan amalan 5s( EKSA) sebagai agenda utama. Beliau juga berharap agar amalan 5s terdahulu dapat diamalkan semula, Beliau sekali lagi berharap agar Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu  akan memperolehi Persijilan EKSA seperti yang dirancang.