Untuk menjayakan pelaksanaan EKSA di JP Negeri Terengganu, pada 3 Jun
2015 sekali lagi JP Negeri Terengganu telah mengadakan taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor awam. Kali ini JP Terengganu memjemput pegawai dari Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Negeri Terengganu iaitu En. Rohaizat bin Mohd Daud bagi menyampaikan
taklimat tersebut. Antara tujuan taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor awam ini dibuat
adalah sebagai syarat untuk mendapatkan pensijilan EKSA, sepanjang
ceramah ini disampaikan pendengar juga mendapat banyak kefahaman tentang cara
menjaga keselamatan dan kesihatan dari bahaya di tempat kerja. Taklimat ini diadakan di
Bilik Taklimat JP Terengganu Wisma PERKESO pada pukul 10.30 hingga 12.30 pagi. dibawah ini disertakan beberapa gambar semasa taklimat tersebut
disampaikan.
0 comments:
Post a Comment